Posts

Showing posts from March, 2020

Journey of Zahra Humaira ~Temuduga Sepintar

Image
Assalammualaikum wbt.. Baik,bersambung Part 2.Kali ni tentang temuduga pula..Seperti sedia maklum semua sekolah aliran Ulul Albab ada sesi temuduga yang perlu dihadiri.Selepas keputusan UPSR diumumkan,maka bermulalah episod temuduga buat Zahra.Segala fail peribadi perlu dilengkapkan.Dokumen asal dan salinan beserta pengesahan harus ada.Selain itu,persediaan ayat-ayat Hafazan wajib kuasai.. 1) TEMUDUGA PERTAMA~ SBPI RAWANG (SEPINTAR) Merupakan sekolah impian nya.Temuduga pertama bagi Zahra Humaira.Kami sangat berdebar.Panggilan telefon dari SBPI Rawang hanya dapat sehari sebelum temuduga.Ad hoc betul!😅 .Mujur dokumen persiapan untuk temuduga ada yang dah siap awal. Namun,ada juga salinan sijil-sijil koko tidak sempat disahkan.🥴 Mujurlah, Pihak sekolah sudah beri kebenaran, bawa apa yang penting sahaja iaitu semua dokumen asal. Di bangunan hadapan Bersama rakan sekelas Sempat jumpa rakan sekelas tahun 6.Happy sebab dapat jumpa kawan.Hilang sedikit debaran katanya.temuduga pertama katak...

Journey of Zahra Humaira ( Part 1)

Image
Assalammualaikum wbt... Zahra Humaira merupakan murid  Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Rahimah,Klang.(SRAITAF). Terasa betapa cepatnya masa berlalu.Masih terkenang lagi momen-momen sewaktu menghantarnya menduduki Ujian Kemasukan Sekolah (UKS) 7 tahun yang lalu. Kini,tiba masanya untuk beralih ke sekolah menengah pula. Di sini kami coretkan cerita Pemilihan Sekolah Tingkatan 1 sebagai kenangan kami serta sebagai info tambahan buat yang sedang mencari. Untuk anak sulung kami Zahra Humaira ini memang banyak homework yang dibuat.Cari info merata terutamanya melalui media sosial.Kami memang berhasrat pohon semua sekolah yang sesuai untuknya.Bak kata orang,rezeki tidak akan pernah salah alamat.Jadi sebab itulah pilih sahaja mana yang sepadan dengan minat Zahra dan yang kena dengan jiwanya.Zahra sudah ada target sendiri sejak hujung darjah 5 lagi. “Kakak nak masuk sekolah tahfiz,mama..”Alhamdulillah..mmg tiada paksaan pun daripada mama papa.kakak sendiri yang inginkan.So,as p...