Journey of Zahra Humaira ~Temuduga Sepintar



Assalammualaikum wbt..

Baik,bersambung Part 2.Kali ni tentang temuduga pula..Seperti sedia maklum semua sekolah aliran Ulul Albab ada sesi temuduga yang perlu dihadiri.Selepas keputusan UPSR diumumkan,maka bermulalah episod temuduga buat Zahra.Segala fail peribadi perlu dilengkapkan.Dokumen asal dan salinan beserta pengesahan harus ada.Selain itu,persediaan ayat-ayat Hafazan wajib kuasai..

1) TEMUDUGA PERTAMA~ SBPI RAWANG (SEPINTAR)

Merupakan sekolah impian nya.Temuduga pertama bagi Zahra Humaira.Kami sangat berdebar.Panggilan telefon dari SBPI Rawang hanya dapat sehari sebelum temuduga.Ad hoc betul!πŸ˜… .Mujur dokumen persiapan untuk temuduga ada yang dah siap awal. Namun,ada juga salinan sijil-sijil koko tidak sempat disahkan.πŸ₯΄ Mujurlah, Pihak sekolah sudah beri kebenaran, bawa apa yang penting sahaja iaitu semua dokumen asal.

Di bangunan hadapan

Bersama rakan sekelas

Sempat jumpa rakan sekelas tahun 6.Happy sebab dapat jumpa kawan.Hilang sedikit debaran katanya.temuduga pertama katakan. Mama di rumah turut berdebar ibarat waktu UPSR dulu πŸ˜„

Ada 4 sesi penilaian semasa temuduga ini:

1. Ujian Menulis Jawi - Jawikan perkataan BM

2. Ujian Tahriri - Salin surah ayat quran

3. Ujian Hafazan Ayat Spontan - Calon dikuarantin selama 20-30 minit untuk hafazan surah yang dipilih secara rawak. Calon dibahagikan kepada kumpulan.Satu kumpulan satu surah yang sama.

4. Sesi Temuduga bersemuka bersama panel Penemuduga


Zahra dapat kumpulan sama dengan rakan kelasnya.Lega ada jumpa yang kenal. Antara ketiga sesi,yang paling mencabar ialah sesi hafazan ayat spontan.Calon perlu menghafal sebanyak yang boleh ayat dalam  tempoh masa yang diberi.Memang mencabar. Antara soalan lisan yang Zahra dapat: 

1.“ Bagaimana kamu tahu tentang sekolah ini?”

2. “Mengapa ingin masuk ke sekolah ini?”.


 Zahra dapat jawab namun katanya dalam sedikit kegugupan. Al-maklum temuduga pertamaπŸ˜… Hilang terus ayat-ayat jawapan ajaran mama.πŸ˜‚ Tidak mengapa,sudah cuba semampu yang boleh.

Alhamdulillah.Selesai temuduga,lega..Hanya doa yang mampu,jika sudah tertulis maka ada lah rezeki buat anakku.




Comments

Popular posts from this blog

Journey of Zahra Humaira - Kolej Genius Insan (KGI)

Journey of Zahra Humaira ~ SMAPUTRA & SMKA KL

Journey of Zahra Humaira ~Temuduga MITS