Journey of Zahra Humaira - Kolej Genius Insan (KGI)

Assalamualaikum wbt..

Kali ini kita cerita sedikit tentang KGI iaitu Kolej Genius Insan.KGI ini di bawah Permata Insan USIM.

Setiap tahun,permata pintar mengelolakan ujian UKM1 secara atas talian.Zahra Humaira tidak ketinggalan untuk masuk setiap tahun.Ilmu dan pengalaman tidak harus dilepaskan.💪🏻

Pada tahun 2015 & 2018, Zahra berjaya melepasi tapisan pertama ke ujian UKM2.Namun,tidak berjaya ke peringkat Kem. Pada tahun 2019,Zahra berjaya melepasi 2 peringkat UKM1 dan UKM2.

Bagi murid tahun 6,apabila lepas tapisan kedua, mereka layak untuk menyertai Kem Mukhayyam Al-Abrar. Di situ akan ada pelbagai ujian untuk melayakkan diri untuk penempatan pelajar tingkatan 1 ke Kolej Genius Insan. Kolej ini agak istimewa kerana ia menerapkan sistem pembelajaran yang kami anggap ‘high level’ . Di sini juga ada menerapkan sistem pembelajaran Hafazan Al-Quran (1-15 Juzuk).



Tawaran melalui email

Tentatif kem


Namun,setelah berfikir panjang,segala pro dan contra di ambil kira,kami sepakat membuat keputusan untuk menarik diri sekaligus tidak mara ke peringkat terakhir iaitu Kem Mukhayyam Al Abrar tersebut.Apa nak buat,tuan badan dah kata begitu,mama papa ikutkan saja.Ada beberapa faktor yang kami turut rasakan bahawa sistem pembelajaran di KGI tidak akan serasi dengan jiwa anak kami.Mungkin sudah tidak tertulis untuk anak kami belajar di sana.😉

Maka dengan ini,Lengkap sudah kesemua coretan berkaitan temuduga Ulul Albab. 
Sampai jumpa lagi di lain entri. 💕


Comments

Popular posts from this blog

Journey of Zahra Humaira ~ SMAPUTRA & SMKA KL

Journey of Zahra Humaira ~Temuduga MITS