Journey of Zahra Humaira ~ SMAPUTRA & SMKA KL

Assalaammualaikum wbt..Kita bersambung lagi untuk dua temuduga yang terakhir.

TEMUDUGA KELIMA : SMKA PUTRAJAYA (SMAPUTRA)

Permohonan ke SMAPUTRA ini dengan menggunakan 20% kuota yang ditawarkan untuk murid luar Putrajaya. Semakan atas talian dibuat untuk melihat kelayakan temuduga. Sekali lagi Zahra terpilih untuk menghadiri temuduga. Di SMAPUTRA kami juga teruja kerana ia merupakan sekolah yang baru berpindah bangunannya sendiri setahun yang lalu. Sudah tentu fasiliti amat tip top.Bangunan baharu katakan.😍 Surau nya pun amat cantik lengkap dengan dekorasi yang memukau.

Seperti biasa Zahra ditemani oleh papanya.Turut bersama Imtiyaz menemani. Setelah selesai pendaftaran, Zahra masuk ke bilik yang ditetapkan. Ada sesi khas untuk penilaian sijil-sijil yang dibawa. Untuk sesi penilaian hafazan,kali ini Zahra dapat surah rawak yang sama dengan surah yang pernah dia dapat semasa temuduga di salah satu sekolah sebelum ini.Amat kebetulan.Wah rezeki betul tu. Jimat banyak di situ. Oleh yang demikian,jumlah ayat yang dapat dihafal adalah kira-kira 10-12 ayat sekaligus merupakan jumlah ayat yang terbanyak berjaya Zahra hafal dalam berbanding temuduga lain.Alhamdulillah.

Setelah selesai,pulang dengan muka yang ceria kerana sudah buat semampunya.💕


Sesi pendaftaran 

Sesi menunggu

Calon ditempatkan di bilik khas.Sijil disemak


TEMUDUGA KEENAM : SMKA KUALA LUMPUR (SMAKL)

Apa yang menarik dan istimewanya SMAKL ini ialah ia merupakan sekolah rintis. Dalam erti kata lain Abg Long/Kak Long sistem Tahfiz Model Ulul Albab(TMUA).😉  Jadi semestinya sekolah ini dijadikan pakar rujuk kerana merupakan sekolah yang pertama dalam bidang TMUA iaitu pada tahun 2014. Guru-guru nya juga pasti berpengalaman dan dianggap 'Otai'.

Senarai Sekolah TMUA


Apabila keputusan layak ditemuduga keluar, sekali lagi kami usahakan untuk buat yang terbaik. Ini merupakan temuduga terakhir buat Zahra Humaira.Waktunya juga paling lambat iaitu sekitar hujung Disember. SMAKL di bawah JPWPKL.Sama juga seperti SMAPUTRA,SMAKL juga menawarkan kuota sebanyak 20% untuk calon luar KL.

Untuk temuduga ini,Zahra sudah semakin yakin dan lalui semua proses dengan mudah.Ayat hafazan spontan juga dapat dihafal dengan mudah.Alhamdulillah,berkat 5 temuduga yang pernah dilaluinya😅 
Berharap juga dapat masuk ke sini kerana sudah ada senior di sini. Boleh lah jadi tempat rujuk.:) Anak kenalan mama ada di sini (Tingkatan 2).

Setelah semua sesi dilalui, barulah boleh menarik nafas lega dan menunggu dengan sabar. 
Alhamdulillah selesai semuanya. Semoga ada rezeki untuk sangkut di mana-mana sekolah UA yang merupakan impian Zahra Humaira💞

Di ruang legar sekolah

Di hadapan sekolah

Tq papa selesai tugas😍





Comments

Popular posts from this blog

Journey of Zahra Humaira - Kolej Genius Insan (KGI)

Journey of Zahra Humaira ~Temuduga MITS