Posts

Showing posts from April, 2020

Journey of Zahra Humaira ~Temuduga MITS

Image
Bangunan MITS KLANG A ssalammualaikum semua.Kita bersambung di temuduga keempat Zahra Humaira. TEMUDUGA KEEMPAT - MAAHAT INTEGRASI TAHFIZ SAINS SELANGOR (MITS KLANG) Temuduga MITS ni salah satu panggilan yang amat dinanti.dan sangat suspen juga sebenarnya. Kerana tapisan untuk temuduga untuk ke MITS amat sengit.Kemasukan MITS di bawah kerajaan negeri selangor.Maka semua urusan temuduga di bawah JAIS. MITS menawarkan kurikulum Tahfiz + Dinni. Berat juga tu 😅 .  Pada tahun 2020 juga akan dibuka untuk batch pertama Program TMUA di SAM Muhammadiah,Sabak Bernam. Maka pengambilan dibuka secara besar-besaran untuk memenuhkan pelajar batch pertama ini.Zahra Humaira terpilih untuk Keduanya.Dapat panggilan telefon dari sekolah  supaya hadir ke pejabat untuk mengambil 2 surat panggilan temuduga.Walaupun kami terima 2 surat temuduga,namun temuduga dijalankan hanya sekali sahaja memandangkan keduanya di bawah kelolaan JAIS. Temuduga ini adalah yang paling lama tempohnya kerana ada ujian b...

Journey of Zahra Humaira ~Temuduga SUBES & SMISTA

Image
Assalammualaikum wbt. Kita bersambung lagi untuk temuduga yang seterusnya.  TEMUDUGA KEDUA - MRSM SG BESAR ( SUBES) Masih ingat lagi pada petang Ahad, kami terima mesej pesanan ringkas dari MARA.Temuduga yang berpusat di SUBES RM0.00 MARA: Anda terpilih menduduki Ujian Khas MRSM Ulul Albab.Sila hafaz Surah al-Kahfi ayat 1-15.Sila log masuk https://mrsm.mara.gov.my/semakanujianmrsmf1 Maka sekali lagi mama dan Zahra Humaira bertungkus lumus menyiapkan persiapan temuduga. Kali ini sijil diletakkan di dalam satu folder yang dibahagikan mengikut bahagian. Lebih kemas dan tersusun berbanding temuduga pertama.😁 Dalam pada itu,kami terima juga panggilan temuduga daripada Sek SMISTA.Tarikh yang sama dengan temuduga SUBES. Yang bezanya hanya waktu.SUBES sesi pg manakala SMISTA sesi tengahari. 😶 Aduhai...Rasa kena korbankan salah satu ni... Tibalah hari temuduga, Seawal pagi Zahra dan papanya sudah bertolak ke SUBES. Jalan yang tenang tiada kesesakan lalulintas. Setibanya di sana,terus bers...