Journey of Zahra Humaira ~Temuduga MITS


Bangunan MITS KLANG


Assalammualaikum semua.Kita bersambung di temuduga keempat Zahra Humaira.

TEMUDUGA KEEMPAT - MAAHAT INTEGRASI TAHFIZ SAINS SELANGOR (MITS KLANG)

Temuduga MITS ni salah satu panggilan yang amat dinanti.dan sangat suspen juga sebenarnya. Kerana tapisan untuk temuduga untuk ke MITS amat sengit.Kemasukan MITS di bawah kerajaan negeri selangor.Maka semua urusan temuduga di bawah JAIS. MITS menawarkan kurikulum Tahfiz + Dinni. Berat juga tu 😅 . 

Pada tahun 2020 juga akan dibuka untuk batch pertama Program TMUA di SAM Muhammadiah,Sabak Bernam. Maka pengambilan dibuka secara besar-besaran untuk memenuhkan pelajar batch pertama ini.Zahra Humaira terpilih untuk Keduanya.Dapat panggilan telefon dari sekolah  supaya hadir ke pejabat untuk mengambil 2 surat panggilan temuduga.Walaupun kami terima 2 surat temuduga,namun temuduga dijalankan hanya sekali sahaja memandangkan keduanya di bawah kelolaan JAIS.

Temuduga ini adalah yang paling lama tempohnya kerana ada ujian bertulis pelbagai subjek.Ujian bertulis Jawi, B. Arab, Tajwid, Matematik, BI, Sains, EQ dan IQ. Memang perah otak semula lah selepas UPSR😄.Untuk penilaian hafazan, masih lagi berkonsepkan hafazan ayat spontan. Diberi surah secara rawak dan calon diminta hafal dalam tempoh waktu yang ditetapkan.Debaran sudah mulai susut kerana ini temuduga yang keempat.Sudah ada pengalaman💪🏻

Di sini Zahra jumpa ramai rakan sekelasnya.Bukan main gembira dapat bertemu BFF. Siap dapat buah tangan untuk dibawa pulang.Terima kasih Sofea💕.Sepanjang calon menjalani sesi temuduga,ibu bapa berkumpul untuk menyertai Sesi Taklimat Khas yang disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Amat terpegun dengan suasana sekolah yang amat cantik dan selesa. Dalam hati berharap agar ada rezeki ditempatkan di sini. Salah satu plus point,dekat dengan rumah🤭😉

Mits klang 

Kali ini adiknya,Imtiyaz ada menemani bersama 💕

Comments

Popular posts from this blog

Journey of Zahra Humaira - Kolej Genius Insan (KGI)

Journey of Zahra Humaira ~ SMAPUTRA & SMKA KL