Journey of Zahra Humaira ~Temuduga SUBES & SMISTA
TEMUDUGA KEDUA - MRSM SG BESAR ( SUBES)
Masih ingat lagi pada petang Ahad, kami terima mesej pesanan ringkas dari MARA.Temuduga yang berpusat di SUBES
RM0.00 MARA: Anda terpilih menduduki Ujian Khas MRSM Ulul Albab.Sila hafaz Surah al-Kahfi ayat 1-15.Sila log masuk https://mrsm.mara.gov.my/semakanujianmrsmf1
Maka sekali lagi mama dan Zahra Humaira bertungkus lumus menyiapkan persiapan temuduga. Kali ini sijil diletakkan di dalam satu folder yang dibahagikan mengikut bahagian. Lebih kemas dan tersusun berbanding temuduga pertama.π
Dalam pada itu,kami terima juga panggilan temuduga daripada Sek SMISTA.Tarikh yang sama dengan temuduga SUBES. Yang bezanya hanya waktu.SUBES sesi pg manakala SMISTA sesi tengahari. πΆ Aduhai...Rasa kena korbankan salah satu ni...
Tibalah hari temuduga, Seawal pagi Zahra dan papanya sudah bertolak ke SUBES. Jalan yang tenang tiada kesesakan lalulintas. Setibanya di sana,terus bersarapan dahulu di hadapan MRSM.
Sesi menungguSetelah mendaftar, ada berjumpa beberapa rakan sekelas. Seronok lah.Hilang debaran.Temuduga di SUBES merupakan antara yang paling mudah prosesnya.Tiada temuduga bersemuka.Ada ujian bertulis jawikan perkataan rumi/ sebaliknya.Untuk penilaian hafazan, Ayat wajib surah Al-Kahfi ayat 1-15 seperti yang diberitahu.Juga ayat Spontan Hafazan 1 muka surat rawak ayat al Quran diberi pada hari temuduga.Calon dikuarantin mengikut kumpulan untuk menghafaz surah rawak ini dlm masa 20-30 minit. Alhamdulillah bilangan baris ayat yang dapat dihafal semakin bertambah daripada temuduga SEPINTAR dulu.π Sebaiknya hafal semua ayat yang diberi iaitu sebanyak 1 muka penuh.Zahra sudah cuba yang terbaik walaupun tidak dapat hafal kesemua baris ayat.
Selesai temuduga,terus bertolak balik dan ketika itu barulah keputusan dibuat untuk terus ke SMISTA bagi temuduga ketiga Zahra.
TEMUDUGA KETIGA - SMISTA
Dari Sg Besar terus ke SMISTA. SMISTA adalah di bawah MAIWP. Permohonan atas talian dan juga ada kuota untuk murid sekolah luar KL dan juga murid sekolah swasta.Jadi, dapat bayangkan betapa ramainya calon yang memohon untuk ke sekolah ini. Untuk itu,ada tapisan kedua yang dibuat untuk melayakkan diri ke peringkat temuduga.
Calon temuduga pun sangat ramai.Seperti yang sedia maklum,Temuduga untuk kemasukan aliran Ulul Albab sememangnya sentiasa ‘full house’ .Maka,saingan pun tentulah sengit. Sentiasa bersedia dan buatlah persiapan yang rapi.
Konsep temuduga di SMISTA ini adalah lebih kurang sama. Ada Ujian bertulis.Ada ayat hafazan Spontan. Ada juga sesi temuduga bersemuka bersama panel. Panel memberikan soalan yang agak ‘tough’. “Jika kamu berjaya mendapat 3 panggilan ke sbpi/ mrsm dan smista,Yang mana kamu pilih?”πmemang mencabar soalan tuhπ
Selesai temuduga..Sudah buat yang terbaik.Timba pengalaman..Harapan kami agar ada rezeki untuk ditempatkan di mana-mana sekolah Aliran Ulul Albab. Amin. YRA
Antara Calon Temuduga
Selesai,jom pulang
Comments
Post a Comment