Posts

Showing posts from May, 2020

Journey of Zahra Humaira - Kolej Genius Insan (KGI)

Image
Assalamualaikum wbt.. Kali ini kita cerita sedikit tentang KGI iaitu Kolej Genius Insan.KGI ini di bawah Permata Insan USIM. Setiap tahun,permata pintar mengelolakan ujian UKM1 secara atas talian.Zahra Humaira tidak ketinggalan untuk masuk setiap tahun.Ilmu dan pengalaman tidak harus dilepaskan.💪🏻 Pada tahun 2015 & 2018, Zahra berjaya melepasi tapisan pertama ke ujian UKM2.Namun,tidak berjaya ke peringkat Kem. Pada tahun 2019,Zahra berjaya melepasi 2 peringkat UKM1 dan UKM2. Bagi murid tahun 6,apabila lepas tapisan kedua, mereka layak untuk menyertai Kem Mukhayyam Al-Abrar. Di situ akan ada pelbagai ujian untuk melayakkan diri untuk penempatan pelajar tingkatan 1 ke Kolej Genius Insan. Kolej ini agak istimewa kerana ia menerapkan sistem pembelajaran yang kami anggap ‘high level’ . Di sini juga ada menerapkan sistem pembelajaran Hafazan Al-Quran (1-15 Juzuk). Tawaran melalui email Tentatif kem Namun,setelah berfikir panjang,segala pro dan contra di ambil kira,kami sepakat membuat ...

Journey of Zahra Humaira ~ SMAPUTRA & SMKA KL

Image
Assalaammualaikum wbt..Kita bersambung lagi untuk dua temuduga yang terakhir. TEMUDUGA KELIMA : SMKA PUTRAJAYA (SMAPUTRA) Permohonan ke SMAPUTRA ini dengan menggunakan 20% kuota yang ditawarkan untuk murid luar Putrajaya. Semakan atas talian dibuat untuk melihat kelayakan temuduga. Sekali lagi Zahra terpilih untuk menghadiri temuduga. Di SMAPUTRA kami juga teruja kerana ia merupakan sekolah yang baru berpindah bangunannya sendiri setahun yang lalu. Sudah tentu fasiliti amat tip top.Bangunan baharu katakan.😍 Surau nya pun amat cantik lengkap dengan dekorasi yang memukau. Seperti biasa Zahra ditemani oleh papanya.Turut bersama Imtiyaz menemani. Setelah selesai pendaftaran, Zahra masuk ke bilik yang ditetapkan. Ada sesi khas untuk penilaian sijil-sijil yang dibawa. Untuk sesi penilaian hafazan,kali ini Zahra dapat surah rawak yang sama dengan surah yang pernah dia dapat semasa temuduga di salah satu sekolah sebelum ini.Amat kebetulan.Wah rezeki betul tu. Jimat banyak di situ. Oleh yang d...